SHAH ALAM 15 April – Dua beradik dikhuatiri hilang selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka mengalami kerosakan berhampiran boya merah putih, Pelabuhan Barat kira-kira 0.3 batu nautika Selatan Tanjung Mahang, di sini semalam. Mohd. Faisol Romle dan adiknya Muhammad Firdaus masing-masing berusia 38 dan 25 tahun dilaporkan hilang kira-kira pukul 11 pagi bersama dua lagi rakannya Mohd. Amirul Adli Khairi, 25 dan seorang lagi dikenali sebagai Nazaruddin. Pengarah Agensi…










