KUANTAN – Pemandu kenderaan dinasihati mengelak empat laluan utama di pusat bandar ini ketika program Himpunan Ummah berlangsung sekitar Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah malam ini. Empat laluan itu melibatkan Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Masjid dan Jalan Taman yang akan ditutup secara berperingkat bermula pukul 5 petang ini. Selain itu, orang ramai yang ingin menyertai himpunan itu turut dinasihatkan meletak kenderaan mereka di sekitar Taman Esplanade dan Stadium…










