Elfira Loy kini hamil - Utusan Malaysia

Elfira Loy kini hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 April – Pelakon Elfira Loy mengesahkan yang dia kini hamil anak sulung selepas berkahwin dengan Faris Khairol Anuar, awal tahun ini.

Bagaimanapun Elifra, 25, enggan memberitahu usia kandungan pertamanya itu.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Hari Raya Elfira Loy X MC Vogue di Flora Terrace hari ini, pelakon ini agak malu-malu untuk mendedahkan perkara tersebut kepada umum.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mensyukuri kehamilan awal tersebut, namun kata Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, dia seakan tidak percaya dengan berita baik tersebut.

“Saya gembira dan sangat bersyukur kerana sekarang ini selalu baca tentang wanita susah untuk hamil.

“Jadi apabila saya disahkan mengandung walaupun baru empat bulan berkahwin, saya bersyukur dan tak sangka rezeki datang awal. Suami pun terkejut juga dan tergamam pada awalnya.

“Sebenarnya, saya sendiri tak sangka sudah ada ‘isi’ ketika menjalani penggambaran telemovie.

“Namun Alhamdulillah, semuanya selamat dan sampai sekarang pun masih tak percaya saya mengandung,” ujar Elfira yang dijangka melahirkan anak pada penghujung tahun ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini