PUTRAJAYA – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli menyarankan agar seboleh-bolehnya rumah atau bangunan lain tidak dibina di tepi sungai bagi mengelak kejadian tidak diingini. Menteri berkenaan, A. Xavier Jayakumar berkata, ini termasuk risiko bangunan berkenaan dihanyut arus deras apabila air daripada empangan misalnya terpaksa dilepaskan. “Kalau boleh saya nak katakan jangan bina di tepi sungai sebab kita ada pengalaman bila hujan lebat dan juga air di kawasan empangan semua penuh,…










