KOTA BHARU 15 April – Pihak yang mewakili komuniti perniagaan dan usahawan di negeri ini amat gembira dengan keputusan kerajaan Persekutuan meneruskan kembali projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL). Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Kelantan (KICCI), Datuk N.Subramaniam berkata, negeri ini sudah lama ketinggalan berbanding negeri lain dan keputusan kerajaan itu sangat ditunggu-tunggu. Beliau yang juga Naib Presiden 1, Dewan Perniagaan dan Industri India Malaysia (MAICCI) berkata, pembinaan…










