LANGKAWI 12 April – Pelumba Sapura, Benjamin Dyball optimis mampu merangkul kejuaraan keseluruhan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 selepas mengakui saingan semakin mudah memasuki peringkat kelapan dan terakhir di sini esok. Walaupun hanya menduduki tempat ke-34 pada peringkat ketujuh yang bermula dan berakhir di Pantai Cenang sejauh 106.8 kilometer, ia sudah cukup untuknya mengekalkan jersi kuning apabila tiba dalam kelompok pertama yang besar. “Itu juga yang akan saya lakukan…










