LANGKAWI 13 April – Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 yang berakhir hari ini meninggalkan kenangan paling istimewa buat Benjamin Dyball apabila muncul pelumba Australia pertama merangkul kejuaraan selepas 23 tahun. Pelumba pasukan Sapura itu mengekalkan jersi kuning yang disandang sejak peringkat keempat di Genting Highlands apabila menamatkan perlumbaan dengan masa 29 jam, 15 minit dan 23 saat. Dyball, 29, mengetepikan cabaran sengit dua pencabar utama iaitu Keegan Swirbul dari…










