KLANG – Dua individu termasuk pemilik sebuah syarikat direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung rasuah lebih RM180,000 bagi projek pembinaan gudang, empat tahun lalu. Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Rosli Sulaiman di Mahkamah Klang terhadap kedua-dua suspek berusia 40 dan 48 tahun. Terdahulu kedua-dua suspek tiba pukul 9.10 pagi di mahkamah berkenaan dengan memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bergari ditemani pegawai…










