Dua suspek militan maut, serbuan di Bangladesh - Utusan Malaysia

Dua suspek militan maut, serbuan di Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA 29 April – Pasukan keselamatan Bangladesh menyerbu tempat persembunyian suspek militan di sini dan membunuh dua orang, di sini semalam.

Bagaimanapun, kumpulan Daesh tersebut mendakwa mereka mencederakan tiga anggota polis dalam serangan bom.

Menurut Komander Batilion Tindakan Pantas, Leftenan Kolonel Ashique Billah, polis komando yang tiba di rumah itu ditembak pada tengah malam di kejiranan Bosila.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kemudian berlaku letupan yang memusnahkan dinding rumah berkenaan.

“Unit pemusnah bom kami menemukan bahagian badan dua militan yang menunjukkan letupan kuat itu menghancukan badan dan menggegarkan kawasan itu,” katanya.

Selain itum empat orang lain ditahan termasuk penjaga dan imam masjid berdekatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini