KUALA LUMPUR 23 April – Polis mengesahkan pihaknya telah menerima dua laporan dari doktor pakar forensik, Hospital Kuala Lumpur pada Sabtu lalu kerana menerima ugutan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kedua-dua-dua laporan tersebut telah dibuat di Balai Polis Subang Jaya kira-kira pukul 9.28 malam. Ujarnya, kedua-dua mereka merupakan saksi doktor pakar dalam inkues Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhammad Adib Mohd. Kassim. “Sehubungan…










