PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang ketua pegawai eksekutif dan seorang penasihat sebuah syarikat pembekalan bagi membantu siasatan berhubung kes memberi suapan kepada penguatkuasa sebuah kementerian dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit, tahun lalu. Menurut sumber, ketua pegawai eksekutif bergelar Datuk Seri yang berusia 49 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.30 petang tadi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir memberi keterangan. Katanya, penasihat syarikat bergelar Datuk…










