KUALA TERENGGANU – Dua operator pengeluaran sebuah kilang elektronik maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing bertembung di Jalan Chendering – Bukit Payung berhampiran Kampung Bukit, Chendering di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, Mohamad Khairul Izuan Ariff, 22, dan Mohammad Zulfahmi Faisal Mohd. Marzuki, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian. Kedua-dua mangsa yang bekerja di kilang sama di Pusat Perindustrian Chendering di sini maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, sewaktu kejadian, Mohamad…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya