KUANTAN – Pemandu serta kelindan lori tunda dilaporkan maut selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah treler ketika kejadian di Kilometer 222.5 Lebuh Raya Pantai Timur dekat sini pagi tadi. Kejadian pada pukul 9.30 pagi itu mengorbankan pemandu jentera penunda, Muhammad Asrul Yatim, 22, serta kelindan, Lum Wai Kit, 22, yang kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi nahas. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata,…










