GOMBAK – Dua individu cedera selepas lori yang dinaiki mereka dilanggar jentera kren dalam kemalangan melibatkan 10 kenderaan di Jalan Rawang, Kuala Garing di sini pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superitendan Azman Shariat berkata, mangsa, Kong Kit Min, 37, dan See Wei Shen, 20, masing-masing cedera di jari kanan dan luka di dahi serta beberapa bahagian tubuh akibat kemalangan tersebut. “Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi…









