Dua beradik sesat ketika mendaki Bukit Pelindung ditemui selamat - Utusan Malaysia

Dua beradik sesat ketika mendaki Bukit Pelindung ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Dua beradik wanita yang dilaporkan sesat  selepas memasuki kawasan hutan di Bukit Pelindung, di sini petang tadi ditemui selamat oleh orang awam di kaki bukit itu berhampiran Teluk Cempedak malam ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kedua-dua mangsa masing-masing berumur 29 dan 22 tahun sebelum itu dilaporkan telah memasuki trek hutan bukit berkenaan untuk beriadah pada pukul 5.30 petang.

“Bagaimanapun kedua-dua mereka gagal dihubungi oleh ahli keluarga selepas itu menyebabkan salah seorang daripada saudara mangsa membuat laporan polis tentang perkara berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berikutan itu operasi mencari dan menyelamat telah dilakukan oleh pasukan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Persatuan Hiking Pahang dan ahli keluarga sebelum mangsa berjaya ditemui lima jam kemudian iaitu pada pukul 10.15 malam ini oleh orang awam.

Katanya, kedua beradik itu tidak mengalami sebarang kecederaan namun hanya keletihan dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini