PARIS 15 April – Disneyland Paris hari ini mengumumkan beberapa langkah untuk memastikan tempat tumpuan pelancong persendirian terbesar di Eropah itu lebih mesra alam sekitar, termasuklah melarang penggunaan straw plastik. Taman tema berkenaan yang mampu menarik lebih 15 juta orang pelancong setiap tahun, menghasilkan 19 tan sisa buangan tahun lalu. Menurut pengurus alam sekitar taman tema itu, Nicole Ouimet-Herter, pihaknya ketika ini mengitar semula kertas, gelas dan 18 jenis bahan…










