KLANG – Padah menimpa dua pekerja kedai runcit warga Indonesia selepas dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 854 paket rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM1668.56 Jumaat lalu. Majistret Muhammad ‘Azzam Zainal Abidin menjatuhkan hukuman itu sebaik kedua-dua tertuduh, Ridhwan, 31, dan Munzir, 22, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka. Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Aceh, Indonesia itu diperintah…










