TERPERANGKAP antara maruah diri dan tuntutan bergelar anak seni, Azar Azmi awalnya buntu saat mahu memutuskan penerimaan untuk menjayakan watak Juita iaitu karakter seorang pelacur dalam drama bersiri Nur 2. Pemilik nama sebenar, Siti Azar Ameerah Azmi, 30, itu sedar impak terhadap watak sedemikian sama ada meletakkan dirinya sebaris pelakon berkarakter sedia ada atau pasrah menerima kecaman netizen. Setelah memperhitungkan banyak alasan, Azar tekad meneruskan peranan sebagai Juita dan mempersiapkan…










