PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/GST) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Paddy Abd. Halim dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam baharu berkuat kuasa semalam. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Seri T. Subromaniam yang menamatkan tempoh perkhidmatannya pada 9 Mac lalu. “Datuk Paddy memulakan kerjaya sebagai Penguasa Kastam di JKDM Perak pada 1983. Beliau pernah bertugas di beberapa cawangan dan bahagian di JKDM Wilayah…










