KUALA LUMPUR 9 April – Seorang penganggur dipenjara sehari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan mencuri dompet dan telefon bimbit milik lelaki warga negara Nepal, Jumaat lalu. S. Saravanan, 21, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan tersebut selesai dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Norasyikin Sahat. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sehari berkuatkuasa hari ini. Saravanan juga boleh dipenjara tiga bulan…










