JITRA – Kegiatan seorang lelaki mencuri motosikal di pasar-pasar pagi dalam daerah Kubang Pasu sebelum menjualnya ke Thailand pada harga 4,000 Baht atau kira-kira RM516 tumpas apabila dia ditahan polis semalam. Suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan selepas mencuri motosikal jenis Honda Wave di pasar pagi Pekan Padang Sera, Kodiang dekat sini. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan motosikal tersebut pada…










