Curi coklat: Warga asing dipenjara sehari dan denda RM2,000 - Utusan Malaysia

Curi coklat: Warga asing dipenjara sehari dan denda RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 10 April – Seorang warga Indonesia dikenakan hukuman penjara sehari serta denda RM2,000 selepas mengaku bersalah mencuri empat kotak coklat di sebuah pasar raya di Subang Jaya, akhir bulan lalu.



Martina, 45, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya, selesai dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.



Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didakwa telah mencuri dua kotak coklat jenama Mars dan Snikers bernilai RM274.80 di Pasar Raya Mydin USJ 1, Subang Jaya dekat sini pada pukul 1.55 petang, 29 Mac lalu.



Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini