MADRID 12 April – Jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone percaya penggantungan lapan perlawanan yang dihadapi Diego Costa keterlaluan dan menolak dakwaan kononnya penyerang Sepanyol itu akan dijual pada musim panas ini. Costa menerima hukuman tersebut daripada Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF), Khamis lalu selepas mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil, Gil Manzano pada babak pertama ketika Atletico tewas 0-2 kepada Barcelona, minggu lalu. Manzano mengarahkan Costa keluar padang pada minit ke-28…










