LONDON 14 April – Dua jaringan Raheem Sterling memastikan Manchester City terus berada pada landasan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas menumpaskan Crystal Palace 3-1, sebentar tadi. Kemenangan itu membolehkan City merampas kembali kedudukan pendahulu daripada Liverpool dengan mengumpul 83 mata, satu mata mengatasi Reds ketika kedua-dua pasukan berbaki lima perlawanan untuk ditamatkan musim ini. Liverpool bagaimanapun mampu kembali melonjakkan diri ke tangga teratas sekiranya mengalahkan Chelsea dalam…










