LONDON 26 April – Pep Guardiola mengesahkan bahawa Fernandinho sedang menjalani proses pemulihan kecederaan lutut dan berkemungkinan tidak akan beraksi ketika menentang Burnley dalam saingan Liga Perdana Inggeris, minggu ini. Pemain Brazil itu akan menjalani ujian selepas dilihat keluar dalam keadaan terhincut-hincut semasa Manchester City menang 2-0 ke atas Manchester United. City bagaimanapun tidak mendedahkan tahap kecederaan yang dialami pemain itu tetapi memberikan masa kepada pemain berusia 33 tahun itu…










