PULAU PINANG 16 April – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melahirkan rasa bimbang dan kesal berhubung kejadian pencemaran najis babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di Seberang Perai Utara (SPU) di sini yang disifatkan semakin serius. Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, masalah yang sudah berlarutan sejak 40 tahun lalu itu bukan sahaja mencemarkan air Sungai Kereh di kawasan tersebut, malah menyebabkan bau busuk yang mengancam lebih 2,000 penduduk serta…










