KIEV 13 April – Kementerian Dalaman Ukraine hari ini meminta pelawak yang bakal menjadi Presiden dan lawannya agar tidak meningkatkan ketegangan dalam pilihan raya ini. Tinjauan mendapati aktor dan pelawak, Volodymyr Zelensky mudah mengalahkan Presiden Petro Poroshenko bagi memimpin yang dilihat pertembungan terbesar antara Eropah dan Rusia. Timbalan Menteri Dalaman, Sergiy Yarovyi berkata, peringkat akhir bagi kempen pilihan raya makin dekat dan suasana masyarakat juga tegang. “Perseteruan terbuka antara kedua…










