REMBAU 11 April – Calon Bebas, Mohd. Nor Yassin mempunyai cara tersendiri untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau ketika ini. Bekas pensyarah itu memilih untuk melakukan kempennya secara senyap-senyap tanpa mendapat liputan media. Pengarah kempennya, Hassan Shariff berkata, itu merupakan pendekatan dan strategi calon Bebas berkenaan dalam PRK tersebut. “Beliau (Mohd. Nor) berkempen senyap-senyap. Tidak bawa wartawan dan jurugambar. “Beliau pergi bertemu pengundi termasuk dari rumah ke rumah. Beliau juga tidak jawab panggilan telefon,” katanya ketika dihubungi hari ini. Calon Bebas itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya