Cadbury Dairy Milk lancar Bubbly - Utusan Malaysia

Cadbury Dairy Milk lancar Bubbly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 April – Coklat kegemaran ramai, Cadbury Dairy Milk melancarkan produk terbaharunya, Bubbly, Jumaat lalu.

Sempena pelancaran itu, satu taman tema didirikan selama tiga hari yang dipenuhi pelbagai aktiviti menarik kepada orang ramai bersama keluarga masing-masing.

Berucap dalam majlis pelancaran itu, Pengarah Bersekutu Mondelēz International Asia Tenggara, Vikram Karwal berkata, pihaknya sentiasa mencabar keupayaan diri sendiri untuk menghasilkan produk menarik untuk para pelanggannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mahukan produk yang mampu membawa semangat Cadbury Dairy Milk kepada setiap pelanggan. Itulah sebabnya kami memperkenalkan Bubbly.

“Kami mahu mereka melupakan seketika kesibukan seharian dengan menikmati kehidupan yang bebas dan ceria bersama Bubbly,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengurus Jenama Coklat Mondelēz International, Nisha Nair. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini