INDUSTRI makanan dan minuman (F&B) merupakan satu bidang yang cukup mencabar. Ia juga merupakan salah satu sektor perniagaan yang paling banyak diceburi oleh usahawan Melayu dan bumiputera. Mungkin kerana kos untuk masuk atau keluar daripada perniagaan jenis ini agak rendah dan mudah. Dengan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan dapur di rumah, sesiapa sahaja boleh menceburi perusahaan jenis ini untuk menambah dan mempelbagaikan punca pendapatan. Bukan sedikit bilangan usahawan Melayu yang menghasilkan pelbagai…










