KUALA LUMPUR 16 April – FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah pada Selasa didorong oleh pasaran berhati-hati pada keseluruhannya yang tidak selari dengan pasaran serantau. Semasa ditutup, indeks susut 1.87 mata kepada 1,629.46 berbanding 1,631.33 semasa ditutup pada Isnin. Indeks dibuka 0.25 mata lebih tinggi pada 1,631.58 dan turun naik antara 1,626.99 dan 1,635.47 sepanjang dagangan hari ini. Seorang peniaga berkata, pasaran lemah disebabkan kurang pemangkin. Sementara itu,…










