KUALA LUMPUR 4 April – Bursa Malaysia Bhd. akan menganjurkan Anugerah Kecemerlangan Bursa 2018 pada 9 April ini, bagi memberi penghormatan serta pengiktirafan kepada broker dan perantara pasaran yang unggul.
Edisi keenam majlis anugerah tahunan kali ini akan bertemakan “Outthinking, Outlasting, Outstanding”, menyaksikan sejumlah 18 kategori anugerah untuk diberikan kepada organisasi serta individu yang membantu membina pasaran modal merentasi tiga segmen utama iaitu ekuiti, derivatif dan pasaran modal Islam.
“Majlis ini akan disempurnakan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Muhamad Umar Swift berkata, anugerah tersebut menonjolkan penghargaan bursa berkenaan ke atas kepentingan peranan broker dan perantara dalam memajukan pasaran modal.
“Sambutan secara tahunan ini juga berfungsi bagi memupuk rasa keakraban antara komuniti pembrokeran serta bertujuan menberi inspirasi kepada peserta pasaran untuk mencapai sasaran-sasaran yang lebih tinggi dalam mengembangkan lagi pasaran modal secara bersama-sama,” katanya.
Bursa Malaysia pada tahun lepas, telah melancarkan Indeks Kontrak Niaga Hadapan Mini FTSE Bursa Malaysia Mid 70, kontrak niaga hadapan mini yang pertama dalam pasaran derivatif.
“Ianya mula mendapat tarikan, tarikan terima kasih kepada sokongan daripada para broker yang mewujudkan kesedaran ke atas produk tersebut dan meningkatkan minat pelabur.
“Ini telah membuka jalan untuk mengembangkan lagi ekuiti produk derivatif dan meningkatkan kepelbagaian dalam pasaran modal,” katanya. – BERNAMA











