SERDANG 3 April – Perasaan tidak puas hati di tempat kerja menjadi punca seorang buruh binaan warga Bangladesh membunuh rakan serumahnya sebelum mayatnya dibuang di tepi sebuah kedai di Bandar Kinrara, Puchong, dekat sini kelmarin. Lebih mengejutkan, suspek berusia lingkungan 30-an itu membuang mayat rakannya dengan menggunakan perkhidmatan kereta e-hailing Grab. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, suspek ditahan pada pukul 2 pagi semalam bersama seorang lagi rakannya. Menurutnya, hasil siasatan mendapati suspek utama mengaku membunuh rakannya dengan memukul kepala mangsa menggunakan objek tumpul semasa mangsa sedang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya