Buku Manhaj Fiqh Al-Syafi'i dapat sambutan - Utusan Malaysia

Buku Manhaj Fiqh Al-Syafi’i dapat sambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 April – Buku Manhaj Fiqh Al-Syafi’i yang dijual di gerai pameran pejabat Jabatan Mufti Negeri Sembilan dekat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 di sini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung.

Pembantu Tadbir Bahagian Unit Falaq dan Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Azirol Haimi Mohd. Zain berkata, walaupun buku tersebut bukan buku baharu namun tetap mendapat permintaan yang menggalakkan.

“Buku ini ditulis oleh penulis luar dan diterjemahkan beberapa pihak termasuk Mufti Negeri Sembilan, Mohd. Yusof Ahmad.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada lima jilid dan jilid pertama dicetak pada tahun 2002 manakala jilid kelima pula dicetak pada tahun 2016,” katanya ketika ditemui di gerai Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Tambahnya, oleh kerana sering mendapat permintaan buku tersebut telah beberapa kali dicetak semula bagi menampung permintaan.

“Buku ini hanya dijual di pejabat Jabatan Mufti dekat Negeri Sembilan dan tidak dijual atas talian.

“Jadi bila kami bawa buku tersebut ke PBAKL kebanyakkan pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendapatkannya,” katanya.

Katanya, buku tersebut sesuai dijadikan bahan rujukan untuk tenaga pengajar dan mahasiswa yang mengambil jurusan agama.

“Ada pelbagai isu dalam buku tersebut antaranya menyentuh bab bersuci, solat, zakat, puasa, haji, keluarga serta wasiat,” katanya. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini