Bubu naga dirampas - Utusan Malaysia

Bubu naga dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT 17 April – Jabatan Perikanan Negeri Kelantan dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 83 unit bubu naga bernilai RM16,000 dalam operasi bersepadu di perairan laut Kuala Tak Bai hingga Kuala Besar di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Nazri Ishak berkata, rampasan itu dilakukan ekoran penangkapan ikan menggunakan keadah tersebut menyalahi peraturan dibawah Akta Perikanan 1985.

Menurutnya, bukan itu sahaja penggunaan bubu naga boleh memusnahkan ekosistem dan pembiakan sumber laut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penggunaan bubu naga lebih daripada dua injap adalah kesalahan.

“Kita haramkan penggunaan bubu naga ini kerana mahu memastikan ekosistem dan pembiakan sumber Laut di kawasan Laut cetek tidak terjejas,” katanya dalam sidang akhbar di Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor, di sini, hari ini.

Nazri memberitahu, selain itu penggunaan bubu naga boleh menyebabkan hampir 80 peratus ikan kecil terjejas.

Katanya, penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan dari masa ke masa.

“Saya juga ingin nasihatkan nelayan tempatan agar menangkap ikan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini