KULAI 25 April – Seekor buaya sepanjang kira-kira 4 meter berjaya ditangkap anggota bomba di Kampung Sri Paya di sini pukul 10.52 pagi tadi.
Buaya seberat kira-kira 400 kilogram tersebut ditemukan di kawasan sungai kampung tersebut sebelum penduduk memaklumkannya kepada bomba.
Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai dikejarkan ke tempat kejadian dan buaya itu ditangkap dengan menggunakan tali.
Memuatkan artikel berkaitan…
Buaya tersebut kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebelum diberikan ubat penenang.

Reptilia berkenaan kemudian akan dilepaskan pihak Perhilitan ke lokasi yang selamat dan sesuai dengan habitatnya. – UTUSAN ONLINE











