BAKU 29 April – Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff mengesahkan Valtteri Bottas dan Lewis Hamilton bebas untuk bersaing antara satu sama lain bagi memburu kemenangan tanpa sebarang sekatan daripada arahan pasukan, dan ia dibuktikan menerusi pertarungan hebat sewaktu melakar kemenangan pada Grand Prix Formula 1 Azerbaijan, semalam. Kedua-dua pemandu itu saling bersaing sengit sewaktu pusingan pembukaan, semalam, dan mereka sekali lagi bertarung ketika perlumbaan berada di hujung aksi apabila juara…










