KUANTAN 3 April – Mayat kedua dan terakhir mangsa kejadian bot fiber terbalik di Sungai Pahang berhampiran Pulau Awang Mandur di Pekan, dekat sini kelmarin ditemukan hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, mayat Ng Boon Hoon, 33, ditemukan pada pukul 9.20 pagi. “Mayat lelaki tersebut dijumpai oleh kru bot bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat empat kilometer dari lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang kelmarin, Boon Hoon dan seorang lagi mangsa, Chan Hoke Kei, 49, bersama dua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya