Bomba berjaya padam 70 hektar kawasan terbakar - Utusan Malaysia

Bomba berjaya padam 70 hektar kawasan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI 17 April- Kebakaran ladang, belukar dan tanah gambut yang menyebabkan jerebu di Kuala Baram kini dapat dikawal dengan 70 hektar dapat dipadamkan setakat lewat petang ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, kawasan yang berjaya dipadamkan ialah kawasan ladang, tanah gambut dan belukar berhampiran SK Kuala Baram II.

“Tiga kaedah digunakan untuk memadamkan kebakaran iaitu kaedah pembanjiran kawasan terbakar, water bombing menerusi helikopter dan memadamkan kebakaran sekitar kawasan sehingga api dipadamkan yang dilakukan oleh anggota bomba sehingga malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa sama terdapat kawasan baharu yang telah dikenal pasti terbakar di Kuala Baram dengan anggaran keluasan 10 hektar namun ia terkawal dan tidak merebak,” katanya di sini malam ini.

Poh Kiong berkata, kekuatan pasukan 55 orang melibatkan bomba, syarikat peladangan serta Jabatan Pengairan dan Saliran.

Katanya, Unit Udara Bomba turut membantu dengan melakukan 18 water bombing dari pukul 3 hingga 5 petang ini.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini