WALAUPUN berbeza fahaman politik, para penyokong dan petugas parti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk berbual dan bertanya khabar antara satu sama lain. Di Kampung Bemban, Mambau di Rembau, jurugambar Utusan Malaysia sempat merakam gambar petugas kedua-dua parti yang sibuk dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau beramah mesra selepas selesai memasang bendera dan bahan kempen masing-masing. – UTUSAN ONLINE










