BN bertanding dengan kaki, tangan terikat - Utusan Malaysia

BN bertanding dengan kaki, tangan terikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 5 April – Tan Sri Annuar Musa mendakwa, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah melanggar banyak peraturan sepanjang berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau ketika ini.

Menurut Setiausaha Agung UMNO itu, seperti dalam dua PRK lalu, PH bagaimanapun terlepas daripada tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sebelum ini mendakwa sebagai berkecuali.

“Kalau Barisan Nasional (BN) letak gambar selain Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) disoal. Tetapi mereka, gambar Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang tak ada kaitan dan jawatan politik pun dipaparkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cuba tengok di Rantau, jamuan diadakan secara terbuka, gunakan kemudahan TV3 buat siaran langsung dan habiskan beratus ribu ringgit untuk satu program. Mereka langsung tidak hormati undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar selepas kempen PRK DUN Rantau di Kampung Linsum di sini malam tadi.

Menurut Annuar lagi, PH menuduh BN melakukan taktik kotor termasuk memberi wang kepada pengundi, namun beliau yakin rakyat tidak mudah terpedaya dengan fitnah berkenaan.

“Rakyat tahu akaun parti kami dibekukan, wang dirampas, pemimpin ditekan dengan cukai pendapatan. Kami berlawan dengan parti kerajaan dengan kaki dan tangan terikat.

“Mereka boleh lemparkan fitnah kecil ini, tetapi kami akan teruskan gerak kerja dengan mematuhi semua peraturan pilihan raya yang ada. Walaupun dalam serba kekurangan, rakyat bersama kami,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini