BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 20 APRIL 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 20 APRIL 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG berpendapat sudah sampai masanya kerajaan mengkaji mekanisme bagi membantu penjawat awam membuat pinjaman dengan cara lebih selamat agar mereka tidak menjadi mangsa penipuan mana-mana pihak.

Apa yang berlaku kepada golongan tersebut seperti mana didedahkan oleh akhbar Awang, kelmarin dan semalam membuktikan sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut kerana ia kini sudah berada pada tahap serius.

Mana-mana institusi kewangan atau koperasi tidak sepatutnya mengenakan kadar faedah tinggi apatah lagi hanya memberi antara 70 peratus hingga 90 peratus daripada keseluruhan pinjaman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi Awang, tindakan tersebut tidak wajar sama sekali dan tidak keterlaluan kalau ada yang menganggap ia ‘baik sikit’ sahaja daripada ‘ahlong’. Oleh itu ia harus diselesaikan demi kebaikan penjawat awam.

Tidak perlu bercakap soal ‘ukur baju di badan sendiri’ kerana Awang percaya mesti ada sebab kenapa penjawat awam terpaksa melakukan pinjaman berkenaan. Justeru daripada kita membuat tafsiran bukan-bukan, lebih baik kita meminta kerajaan mewujudkan kaedah elak mereka ditipu.

AWANG – Elak hutang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini