PETALING JAYA – Sebuah lori treler yang membawa muatan bihun serta beras terbabas lalu terbalik dalam satu kemalangan sehingga mengakibatkan kesesakan jalan raya di Kilometer 14.1 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) di susur masuk ke Tol Subang dari arah Damansara di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi itu turut mengakibatkan kelindan lori cedera ringan…










