KEMAMAN 12 April – Sebanyak empat premis komersial sekitar daerah ini dikompaun setelah dikesan menjadi tempat pembiakan Aedes dalam satu Ops Tapak Komersial yang dilancarkan selama dua hari berakhir semalam. Operasi yang disertai 12 anggota penguatkuasa Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman itu mensasarkan premis komersial di kawasan yang mencatatkan peningkatan kes demam denggi. Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Mohd. Anuar Abd. Rahman berkata, sebanyak 104 premis komersial diperiksa di dua lokasi iaitu…









