Berwaspada ketika di kawasan operasi tembak gagak esok - Utusan Malaysia

Berwaspada ketika di kawasan operasi tembak gagak esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 April – Operasi menembak gagak akan diadakan di kawasan sekitar Jalan Raja Laut bermula dari pukul 2 petang hingga 8 malam, esok.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataannya memaklumkan, kawasan yang terlibat antaranya di persimpangan Jalan Tun Perak hingga Jalan Dang wangi, Jalan Esfahan, Jalan Bonus, Lorong Gombak dan jalan berhampirannya.

“Tindakan ini adalah bagi mencegah kekotoran najis burung gagak yang menyebabkan kacau ganggu kawasan-kawasan terlibat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya berwasapada dan berhati-hati ketika berada di kawasan operasi dilaksanakan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini