Bersih 2.0 desak Mohamad dihukum - Utusan Malaysia

Bersih 2.0 desak Mohamad dihukum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 April – Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengambil tindakan terhadap calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan kerana didakwa melanggar peraturan pilihan raya.

Bersih 2.0 dalam kenyataan menganggap tindakan Mohamad yang mendedahkan kertas undi kepada umum sebelum memasukkan ke dalam peti undi bertentangan dengan undang-undang.

Jelas Bersih 2.0, Seksyen 5 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 telah menggariskan kepentingan bagi memastikan undi dan maklumat pengundi kekal rahsia dengan pesalah boleh dihukum penjara selama setahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Adakah beliau tidak tahu tindakan itu merupakan kesalahan dalam pilihan raya kerana melanggar kerahsiaan undi walaupun itu adalah undinya sendiri atau pun beliau cuba menafikan undang-undang?

“Penting bagi setiap undi dirahsiakan kena boleh mempengaruhi pengundi lain lebih-lebih lagi daripada seseorang yang berpengaruh selepas berakhirnya tempoh berkempen.

“Kesalahan seperti yang dilakukan Mohamad, jika tidak ditangani akan menggalakkan orang lain mendedahkan kertas undi pada pilihan raya akan datang dan menyebabkan kesalahan berkempen pada hari mengundi serta mengandungi unsur rasuah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini