KUALA TERENGGANU 14 April – Rakyat diminta memberi peluang enam bulan lagi kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk membuat kerja termasuk menunaikan janji-janji yang dibuat semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, tempoh enam bulan itu disifatkan ideal untuk PH membuktikan keupayaan mereka mentadbir negara di samping menyelesaikan segala isu-isu yang menyebabkan momentum sokongan rakyat semakin hilang. “Beri mereka (kerajaan PH) enam bulan…










