Berhati-hati dengan penipuan dalam talian - Utusan Malaysia

Berhati-hati dengan penipuan dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 April – AirAsia memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan penipuan dalam talian melalui e-mel yang menggunakan tajuk Bonus AirAsia Big Loyalty.

Tangkap layar penipuan dalam talian melalui e-mel yang menggunakan tajuk Bonus AirAsia Big Loyalty.

AirAsia berkata, orang ramai diminta untuk berhati-hati dan sentiasa merujuk kepada laman web dan saluran media sosial rasmi AirAsia untuk berita, aktiviti atau promosi terkini syarikat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi mengelakkan sebarang keraguan atau ingin melaporkan penipuan yang disyaki melibatkan AirAsia, sila berhubung dengan kami melalui saluran komunikasi rasmi seperti Facebook: www.facebook.com/airasia, Twitter: www.twitter.com/airasia dan laman AirAsia support: support.airasia.com

“AirAsia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau kumpulan yang menganjurkan skim palsu tersebut menggunakan jenama AirAsia.

“AirAsia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang timbul daripada skim palsu ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini