SUDAH hampir enam jam kanak-kanak yang berpakaian sut luncur ais itu berdiri dalam gelanggang Pusat Luncur Ais di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Subang Jaya, Selangor. Kanak-kanak berumur empat tahun itu berdiri kaku sambil menahan kesejukan. Sambil berdiri, air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Tidak dipaksa atau didesak, Chloe Ng Xin Yao sendiri tidak mahu berganjak daripada tempat latihan dan permainan luncur ais tersebut walaupun sudah dipujuk ibunya, Amy Ng untuk…










