Bengkel musnah terbakar - Utusan Malaysia

Bengkel musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 April – Sebuah bengkel musnah dalam kebakaran di Lot 3252, Batu 6 Jalan Puchong, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 7.26 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, susulan itu, sebanyak 48 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil, BBP Sungai Besi, BBP Seputeh dan BBP Hang Tuah menaiki enam jentera serta dua van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setiba sahaja mereka disana, anggota bertugas mendapati terdapat kebakaran membabitkan pejabat dan bahagian dalam bengkel yang dipercayai menjalankan kerja kimpalan.

“Sehubungan itu, kerja-kerja pemadaman dilakukan dan api berjaya dikawal kira-kira pukul 8.09 malam sebelum operasi itu tamat sepenuhnya dua jam kemudian.

Tambah Nordin, siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya bagi mengetahui punca dan kerugian berhubung kejadian.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini